Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Wednesday 2 December 2015

Melombong Emas di Tanah Sendiri adalah SALAH !!!???

( Keratan akhbar yang disebarkan melalui media sosial )

2 hari lepas saya menerima perkara di atas melalui media sosial.

Setelah melakukan sedikit kajian internet, saya terjumpa beberapa berita berkaitan bertarikh 26 November 2015;- 

(1) Suratkhabar MSTAR
(2) Blog "Diabuatdah".


Pada hemah saya, walaupun enakmen mineral dikeluarkan pada tahun 2001, besar kemungkinan undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang yang diperkenalkan semasa zaman penjajah yang bertujuan untuk 'menidakkan' hak melayu atau mungkin juga merampas hak emas Melayu.

Perlu diingatkan penjajah dulu datang kerana " Gold, Glory & Gospel ". Maka tidak hairanlah jika ada undang-undang berkaitan yang telah digubal oleh penjajah yang telah dikemaskini oleh kerajaan hari ini.

Thursday 8 October 2015

" Fiat Money & The Economic Degradation of the Malays " @IIUM Gombak



( Timeline )

( Seignorage. The difference between the cost of printing the 'money' and 'value' indicated.
A man is a thief if he takes another person's possession without his knowledge and/or permission.   )

( The other word for this slide is "Gentrification".
Gentrification of the Malays )

Akhirnya, setelah mewakili Prof.A.Kameel Mydin Meera pada tahun lepas(2014) untuk membentangkan Kertas Kerja "Fiat Money and the Economic Degradation of the Malays "  kerana beliau terpaksa mewakili UIA ke Indonesia, saya mendengar sendiri pembentangan dari penulis asal yang menulis dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja Prof. Kameel telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Radzi Sapiee telah saya bentangkan untuk acara Mutiara HIKMAH (HIKMAH X) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas-Pulau Pinang tahun lepas.
( Rujuk blog HIKMAHmelayu bertarikh 5 Mac 2014).

Prof.Kameel membentangkan Kertas Kerja beliau di acara eFEST 2015(Economics Festival) di Kuliyyah Ekonomi (atau lebih dikenali sebagai KENMS), Universiti Islam Antarabangsa di Gombak-Selangor. Saudara Radzi Sapiee @Merah Silu, penterjemah kertas kerja Prof.Kameel ke dalam bahasa Melayu juga hadir di pembentangan tersebut.
( Rujuk blog MERAHsilu Saudara Radzi Sapiee bertarikh 12 Oktober 2015 )

Perkara yang menarik perhatian saya adalah cara penipuan Wang Fiat mula-mula dilakukan.
Prof.Kameel berkongsi bagaimana beliau mendapat jawapannya - dari sebuah Kartun!?
Dikhabarkan Gudang Pritchard adalah antara tempat dimana penipuan ini mula dilakukan. Dikhabarkan di Gudang Pritchard ini barang-barang mewah yang dibawa atau dirampas di kawasan Empayar British di bawa ke Tanah Melayu dan ditawarkan kepada orang tempatan. Pengunaan wang fiat di gudang mewah(ala Kompleks membeli-belah Starhill atau Pavillion masa kini) ini amat dialu-alukan oleh pihak penjajah British.

Secara peribadi saya amat teruja dengan kertas Prof.A.Kameel kerana beliau bukan sahaja dapat memberi hujah akademik yang pada kebiasaannya amat membosankan akan tetapi hujah diberikan bersekali dengan contoh yang berlaku yang boleh difahami oleh para hadirin. Ditambah pula dengan penterjemahan kertas kerja yang telah dilakukan oleh Radzi Sapiee dapat memudahkan dan mengembangkan lebih lagi maklumat kepada bangsa Melayu mengenai penipuan yang berlaku.

Para pembaca mungkin tidak bersetuju tetapi - Pada hemah saya, di depan mata saya berlaku kerjasama yang tidak disangka apabila pengkaji mengutamakan ilmu lebih dari kepentingan atau populariti peribadi kerana setahu saya Prof.Kameel dan Radzi tidak mendapat sebarang ganjaran mata wang fiat untuk pendedahan ini. 

Alhamdullilah, saya diberi peluang oleh Prof. dan Merah Silu untuk terlibat sama walaupun sumbangan saya terasa teramat sedikit. Telah beberapa ketika cubaan atau jasa En.Maarof dalam penubuhan bank untuk orang Melayu cuba diketengahkan tetapi tidak diendahkan.  Sememangnya pada asalnya bank wang fiat hanya ditubuhkan oleh penjajah British dengan agenda tersembunyi yang dibawa mereka di kawasan 'Settlement' British iaitu di Pulau Pinang(Penang), Melaka(Malacca) dan Singapura(Singapore) sebelum ianya menjadi 'popular' di Tanah Melayu.


Wednesday 7 October 2015

eFEST 2015 - "Mengembalikan Pengunaan Matawang Syariah" @UIAM Gombak


( Poster Pembentangan, terdapat sedikit kesilapan pada nama.
Kali Pertama - mereka yang datang diberi ais krim Percuma )


Penganjur acara eFEST 2015 (atau Economics Festival) menjemput saya memberi sedikit bicara tengahari atau 'luncheon talk' di Kuliyyah Ekonomi(KENMS)-UIAM Gimbak.  Jemputan yang sama juga telah dikeluarkan kepada Prof. Adi Setia(hari sebelum saya) dan Prof.A.Kameel Mydin Meera (hari selepas saya) bersempena dengan eFEST 2015.

Walaupun beberapa maklumat latarbelakang peribadi telah saya berikan kepada pihak penganjur eFEST 2015, saya merasa hairan sedikit bilamana pengalaman sebagai Jururunding Penerbit (Consultant Producer) di Capital TV yang dipilih penganjur untuk diwar-warkan walhal ada pengalaman lain yang saya rasa lebih sesuai untuk dimaklumkan seperti Editor untuk Dinar Dirham DigiMAG atau Ahli Kumpulan Teknikal Nusantara untuk DinarDirham (Nusantara Technical Group for Dinar Dirham). Mungkin penglibatan media lebih diutamakan oleh pelajar masa sekarang. Apapun, saya berterima-kasih di atas jemputan.



( Kuliyyah of Economics & Management Sciences - KENMS )

Jika semasa acara HIKMAH 3 - 'Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di Tanah Gangga Negara' di Lumut-Perak pada bulan Januari 2013 saya mempunyai lebih kurang 12 jam untuk membuat persiapan pembentangan, kali ini saya mempunyai lebih sedikit masa iaitu lebih kurang 19-20jam untuk mencari ilham. Pada acara HIKMAH 3 penganjur meminta saya membuat pembentangan sekitar jam 10 malam untuk memenuhi satu sesi yang lopang sekitar jam 10 pagi akibat ketidakhadiran seorang pembentang, kali ini saya dimaklumkan awal sedikit iaitu pada sekitar jam 5-6 petang untuk memenuhi sesi bicara keesokan harinya antara Jam 1 hingga 2 petang juga kerana penceramah asal tidak dapat hadir.

Apabila ditanya akan tajuk pembentangan saya, saya maklumkan kepada penganjur terserah kepada mereka unutk menentukannya. Pagi tadi baru saya tahu akan tajuk yang perlu dibicarakan.




( Pembentangan dimulakan dengan Selingan cerita Baju Melayu,
 sambil menunggu masalah teknikal diatasi  )



(  Pembentangan diadakan di Pusat Sumber atau Perpustakaan KENMS - IIUM Gombak )


( Berat Dinar - 4.25g, 4.44g atau 4.5g? )





Sunday 4 October 2015

POPE "Cium Tangan" ROTHSCHILD!!!

( Keratan Berita yang saya terima pada hujung Minggu 3-4 Oktober 2015 )

Bak pepatah Inggeris - " A Picture tells a Thousand Words ".

Keratan berita yang saya terima hari ini. Mohon pengesahan dari pembaca blog tentang kesahihan gambar. Jika benar, minta maklumkan tarikh dan tempat peristiwa serta terjemahan keratan akhbar..

Thursday 24 September 2015

Kisah 350 DIRHAM, Haji dan 700,000 Jemaah Haji!


Selamat Hari Raya Haji.
Didoakan Allah SWT Menerima Semua Peserta Haji Tahun Ini & Mereka Mendapat Haji Mabrur.
Mohon juga Allah SWT menjemput kami sekeluarga menunaikan ibadah Haji bersama di masa hadapan setelah Jemputan Umrah yang tidak disangka pada 2013.
.
Dikongsikan Sebuah Cerita yg dikongsikan oleh Senior saya OP Ungku Mohsin Ungku Ahmad
>>>>>>>
" HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN "

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak

"Betul, siapakah Tuan?"

" Saya, Abdullah bin Mubarak ".

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala Haji Mabrur?"

" Wah! saya sendiri tidak tahu! "

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"


"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"

"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita

Monday 21 September 2015

EXECUTIVE ORDER 11110?



Renungan hari Isnin, 21 September 2015.


Kebanyakkan yang pernah hadir ceramah saya di Selangor, Melaka atau Perak mengenai Matawang Sunnah ataupun para peserta dari Indonesia, Thailand dan Malaysia yang mengambil bahagian dalam sesi Dialog Inspiratif di Indonesia sememangnya telah mendengar hujah yang saya ketengahkan tentang kemungkinan wujudnya satu "Kebetulan atau Konspirasi" tentang Pemimpin Islam yang kehilangan kuasa atau gugur apabila cuba mengetengahkan(atau mengembalikan) mata wang alternatif.

Bagaimana pula jika Presiden Amerika iaitu JFK pula yang lebih awal cuba mengembalikan mata wang perak? 


Friday 18 September 2015

KETAMADUNAN ANGKOR, kaitan FUNAN(Angkor>Khmer>Cambodia) dengan KEDAH mula TERUNGKAI?


( Prof.Thuy, Profesor Penceramah dari Cambodia )


 ( Maklumat "Dating" Bahan yang ditemui semasa Ekskavasi )


( Kesimpulan Penceramah di akhir Pembentangan )


( Masih Kukuh, walaupun sudah melebihi 1,000 Tahun )



Rencana awal adalah untuk menghadiri Syarahan Sarjana Pelawat ATMA mengenai" Early Iron Production in South East Asia (Cambodian Iron History)" di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) - Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) sebelum ke Melaka. Akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan menyempurnakan hajat awal. Dijadikan cerita memang ada keperluan untuk sampai di Bangi pada awal pagi dan "tergerak" membawa anak sekali.


( Peserta Termuda yang pernah menghadiri Wacana di ATMA-UKM, CM Amir Faiz )

Pada hari sebelumnya di UiTM Shah Alam, saya bersama Penceramah Pemegang Wasiat Raja-raja Melayu SY telah menghadiri sesi "A talk on Angkor Civilisation" di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur(FSPU). Juga kelihatan di sana adalah kawan lama RS dan kawan baru Z.

( FSPU Open Series, UiTM Shah Alam - 17 September 2015 )


Banyak ilmu yang ditimba terutamanya mengenai orang Islam di Cham dan bagaimana 'penglabelan' seperti 'Cham Islam' dan 'Islam Cham' membawa maksud yang berlainan sekali walaupun perkataan yang digunakan adalah sama waima berlainan susunan. Satu peribahasa Inggeris yang telah dikongsi oleh salah satu penceramah dan ingin saya kongsikan disini adalah seperti berikut:-


" The SUN Shines during the DAY;
The MOON Brightens the NIGHT;

KNOWLEDGE Lights Up ALL the Time "



Di ATMA-UKM, kenyataan Prof. Thuy semasa wacana yang paling saya ingat adalah - beratus, beribu tahun dulu Melayu sudahpun sampai ke Funan/Angkor. Melayu ke sana atas 2 urusan iaitu untuk berniaga dan meyebarkan dakwah (setelah diterjemah dari bahasa Inggeris) !


 ( Penulis bersama CM Amir Faiz.
Cubaan AHM menerapkan minat Faiz terhadap Sejarah )

Di kala wacana, Prof. Thuy sudahpun mengambarkan tentang kaitan atau keberkaitannya kerajaan Kedah lama dengan kerajaan Funan serta Angkor apabila penemuan hasil kerja besi diambil kira. Bagi saya pula, sepanjang pemanduan ke Melaka selepas sesi wacana beberapa perkara mula terungkai!

Wacana di ATMA-UKM dari perpektif lain:- Merah Silu













Sunday 9 August 2015

HIKMAH XV - Beruas, PERAK Menangguhkan atau Mengakhiri HIKMAH?

( Dewan Masyarakat Kampung Banjar.
Tempat pembentangan HIKMAH XV dijalankan.
Anak saya, CM Amir Faiz terpaksa tinggalkan latihan lawan pedang untuk acara kali ini
walaupun pertandingan sudah dekat )


( Kali pertama membentang sambil duduk.
Sebabnya tidak mahu dilihat tinggi oleh hadirin serta sejajar dengan skrin  )


("Pemegang Wasiat" sedang buat Pembentangan. Apalah sangat RM2.6Billion?
Di kala itu, saya mendapat ide baru untuk buku Mata Wang yang sedang ditulis 
apabila Hazrin mencoret formula garam kepada saya )
Nota: Gambar 2-4 dari atas ke bawah adalah dari blog hikmahmelayu.blogspot.com

Selesai sudah sesi pembentangan saya di acara HIKMAH Beruas (HIKMAH XV).
Tajuk pembentangan yang diberikan pihak penganjur kepada saya kali ini adalah:-
" Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan "

Sedikit butiran di blog:- HIKMAH Melayu 28 Julai 2015  dan 12 Ogos 2015
serta catatan perjalanan di Catatan Si Merah Silu dan Berpetualang ke Aceh

Rasa agak terharu juga apabila mengetahui sepatutnya ada seorang lagi pembentang yang patut hadir di acara yang sama tetapi telah dipanggil Illahi di Hari Raya Kedua iaitu OP Raja Muzaffar Shah, senior saya setahun di MTD Sungai Besi. Perkembangan kesihatan arwah dari dimasukkan ke hospital sehingga acara pengebumian telah saya ikuti di kumpulan media sosial BP yang saya anggotai. Saya amat berterima kasih pada para hadirin yang sudi menyedekahkan Al Fatihah kepada Arwah sebelum pembentangan saya bermula.


 
( Gambar pembentangan dari perspektif Radzi Sapie )

Acapkali, saya dengan persetujuan Radzi cuba ketengahkan aktivis tempatan semasa pembentangan mengenai Dinar Dirham akan tetapi kali ini mungkin saya terlupa di dalam kesibukan keadaan politik semasa. Akan tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan saya rasa teruja apabila saya lihat saudara Hazrin Marjan, seorang aktivis Dinar Dirham yang sudahpun mengerakkan pengunaan mata wang sunnah di sekitar kawasan Manjung  hadir di majlis HIKMAH Beruas dengan berbusana penuh. Di kala itu saya mengambil keputusan (tanpa memberitahu sama ada Hazrin atau Radzi) untuk menjemput Hazrin ke atas pentas untuk duduk bersama saya semasa pembentangan Sesi pertama dijalankan.


Saya difahamkan oleh Pengasas HIKMAH, Saudara Radzi Sapie bahawa acara kali ini adalah yang terakhir untuk suatu waktu yang tidak dapat dipastikan.
Setelah membentang di HIKMAH I (Shah Alam), II (Melaka), III (Lumut), IX (Pulau Pinang) serta sepatutnya menbentang tetapi tidak dapat atas pelbagai alasan di acara  IV-Bachok, V-Kuala Terengganu (Menunaikan Umrah), VI-Shah Alam(Jemputan Dialog Inspiratif di Universitas Indonesia), Seri Menanti(Dimasukkan Hospital kerana Denggi) dan juga menghadiri acara VIII di Sungai Buaya, banyak manafaat yang telah saya perolehi secara peribadi.

Setelah menjadi Jururunding Penerbit (Consultant Producer) dan Hos TV untuk beberapa program di saluran Capital TV yang ke udara di Hypp TV-UNIFI seperti rancangan Kewangan Islam "Islamic Finance Today" dan program sosio-ekonomi politik " To the Point ", saya amat memahami kesibukan yang sedang dan bakal dialami oleh Merah Silu. Kebanyakkan penonton program TV hanya melihat masa di skrin tanpa memikirkan waktu yang sebenarnya diperlukan untuk menghasilkan sebuah program TV selama 30 minit pada lazimnya memakan masa lebih seminggu bila diambil kira semua persiapan pengambaran dan pasca pengambaran. Orang "Tun" yang telah 6 - 8 kami buat pembentangan bersama bukan sahaja di acara HIKMAH tetapi di forum lain seperti di UIAM dan UiTM Merbok serta program RSOG di Kuantan iaitu Shamsul Yunos yang saya gelar "Pemegang Wasiat" mungkin mempunyai pengalaman dan pendapat berlainan berdasarkan rancangan otomotif  " DAPAT Auto Show " yang pernah diacarakan beliau di TV3.

Apapun saya berpesan kepada Saudara Radzi agar acara HIKMAH diteruskan sekiranya ada jemputan dari negeri-negeri yang belum lagi diadakan acara HIKMAH seperti Perlis, W.P.Putrajaya, W.P.Kuala Lumpur serta Sabah dan Sarawak apatah lagi kalau menerima jemputan dari luar negara.  Mungkin kalau ada jemputan dari salah satu negeri yang tersebut awal boleh dibuat satu episod mengenai persiapan dan perjalanan untuk acara HIKMAH dan sama atau lebih penting dikongsi bagaimana acara dijalankan hanya dengan keikhlasan pihak-pihak tertentu. Secara berseloroh saya lontarkan kepada Merah Silu bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana baru ada 15 acara HIKMAH walhal sasarannya sepatutnya HIKMAH 2.6B (sampai tak reti saya nak tulis dalam angka Roman. Boleh ke?)

Monday 27 July 2015

Kunjungan ke DBP...Setelah Sekian Lama.


( Di ruang lobi Bangunan DBP )


Sudah agak lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki di DBP. Mengjangkaui tiga atau empat dekad pada perkiraan saya. Kali terakhir mungkin pada Majlis Makan Malam DBP yang mengundang arwah Daddy dan keluarga. Masih teringat antara cara kutipan dana amal dilakukan adalah melalui acara lelong pelbagai barang.


Hari ini, setelah bermesyuarat di bangunan SOGO-KL untuk menguruskan beberapa hal tertunda Persatuan Catur Kuala Lumpur dan hasil maklumat dari penulis Kapten (B) Azmi Abdullah yang telah menghasilkan beberapa buku seperti " Dalil-Dalil Kesesatan Sains & Teknologi " dan " Model Baru Remaja. Program Transformasi Generasi Y " yang telah saya temui di Majlis Berbuka Puasa bekas pelajar MTD-Ambilan Keempat bulan lepas saya akhirnya mempunyai alasan ke DBP. Jika dibandingkan dengan banyak jabatan kerajaan yang lain yang pernah saya berurusan, layanan yang diberikan oleh Encik Shamsul Firdaus dan Puan Rohaida Baharudin amat memuaskan serta penuh dengan maklumat.


 ( Pn. Rohaida - Editor DBP dan Saya,
mencadangkan saya hantar manuskrip saya terus ke DBP untuk dipertimbangkan bagi 
penerbitan pihak DBP )


Berbekalkan maklumat yang baru diperolehi saya sudah boleh menggambarkan apa lagi yang perlu dilakukan untuk menerbitkan buku Mata Wang Sunnah dan Melayu: Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? serta penulisan bersiri Sehari Seminggu yang bermain di fikiran.

Friday 10 July 2015

Selamat Hari Jadi ke-90, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir.

( Penulis menemuduga Tun Mahathir untuk kali ketiga, yang terakhir mengenai TPPA,
seminggu sebelum Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia pada tahun 2014 )

Selamat Hari Jadi ke-90 Y.A.Bhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
Didoakan Usia DiBerkati, Terpelihara Kesihatan serta Tidak Gentar Menentang Kemungkaran HendayNYA.