Negara-Negara Pengunjung (Mulai 7 Julai 2015)

Flag Counter

Wednesday 2 November 2016

Persoalan Dinar Melaka di Ceramah Umum " Lives in Ancient Southeast Asian Cities " oleh Prof. John Miksic



 ( Prof. Miksic membuat pembentangan tajuk )


 ( Sedang berkongsi pengisian ceramah dengan kawan-kawan tertentu
di media sosial sambil mengamati ceramah) 
* Gambar ihsan saudara Zam *



 Pagi tadi saya menghadiri ceramah umum yang dibentangkan oleh Prof. John Miksic dari National University of Singapore dan dianjurkan oleh Centre for Malay World and Islamic Civilisation-UIAM di Bukit Damansara - Kuala Lumpur. Saya tertarik menghadiri ceramah umum tersebut kerana pada kebiasaannya, ceramah sebegini membincangkan sesuatu kaum, agama dan tamadun. Oleh kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Sime Darby Berhad di Sime Darby Convention Centre terlebih dahulu saya sampai ke acara apabila lebih kurang 40-50 peratus pembentangan sudah dijalankan.


Ada beberapa slaid Prof.Miksic yang menunjukkan mata wang penempatan atau kerajaan tertentu di Asia Tenggara. Akan tetapi, perbincangan mengenai mata wang kerajaan atau tamadun tersebut hanya sekali lalu sahaja.



( Radzi Sapie bertanya - ke mana hilangnya Dinar dan Dirham Melaka? )

( Tan Sri Rais Yatim mengetengahkan ide beliau )


Semasa sesi soaljawab, pengasas HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapie bertanyakan akan kenapa Dinar atau Dirham Melaka tidak diketemui sehingga kini - adakah mata wang tersebut sudah dileburkan ataupun masih disorok atau ada cerita di sebaliknya?
Prof. Miksic berpendapat sememangnya dinar dan dirham Melaka wujud dan tidak masuk akal jika Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa masa dulu tidak mempunyai mata wang kerajaan mereka yang tersendiri.
( Baca Komentar Radzi SINI )

Di pengakhiran sesi soaljawab, Tan Sri Rais Yatim pula berkata tentang perlunya ada lebih ramai penggali yang mengkaji dari hanya sekadar menjadi pengkaji ilmiah sahaja.

Nota:
Suatu ketika dulu, saya selalu ke IIiBF atau ISTAC (nama lama) bukan sahaja untuk menghadiri Discussion Series yang dianjurkan IIiBF malah untuk menemubual pakar kewangan islam tertentu untuk rancangan yang saya menjadi Hos dan Penerbit Jururunding iaitu  program TV Islamic Finance di Capital TV - Saluran 127/420 yang ke udara di Hypp TV - UNIFI.

Antara episod yang difilemkan di IIiBF adalah:-
Musim 3 - LIHAT 
- Association of Syariah Advisors (Dr. Aznan Hasan - President, ASAS )
Musim 2 
- Fractional Reserve Banking ( Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera - Director, IIIBF )
Musim 1, 2011
- Capacity Building in Islamic Finance ( Prof. Dato. Dr. Mohd Azmi Omar - Director, IIIBF)



Tuesday 25 October 2016

Adakah ini Mata Wang Melaka? Jika Tidak - Mata Wang Apa dan Bilakah ia Ditempai?



( Gambar yang saya terima melalui Media Sosial )


Saya menerima gambar syiling di atas petang tadi dari saudara saya melalui media sosial. 


Boleh sesiapa berikan pencerhan mengenai syiling di dalam gambar di atas? 
Mata wang apakah itu dan bilakah syiling tersebut di tempa?

Saturday 22 October 2016

Pengalaman Buka Gerai Dinar Dirham & Menjadi MODERATOR di MUZIUM NEGARA


( HIKMAH XVIII  2016)

( IEP Ariff Malik juga membantu saya )

( Pengacara Bersama Musim 1 di Rancangan Islamic Finance-Capital TV, Hypp TV
Nur Aiman Kautsar bersama DS Norbaini Dato' Hassan )

( Gerai Pameran QIBLAH Consulting Group )

( Selesai menyusun Gerai Pameran sekitar jam 9 pagi, bersebelahan gerai keris dan busana)



( Aturcara Wacana - Bahagian 1 )

( Aturcara Wacana - Bahgian 2 )

( Ada 4 Pembentang kesemuanya )
* gambar ihsan Aiman Kautsar *

( Pembentang Terakhir Tengku Ahmad Ridhaudin )
* gambar ihsan Aiman Kautsar )

( Pengasas HIKMAH Radzi Sapie menyampaikan cenderahati kepada Para Pembentang )
* gambar ihsan Zainuddin Ahmad *



HIKMAH XVIII adalah merupakan acara HIKMAH yang ke lapan saya sertai, lebih kurang sama dengan kehadiran saya di satu acara bernama DINIHARI DINAR yang mula bertapak di Bukit Damansara tetapi telah terkubur akibat banyak aktivis mereka sama ada dipinggirkan ataupun menjauhkan diri. Kedua acara ataupun gerakan HIKMAH dan DINIHARI DINAR banyak memberikan saya weltanschauung ataupun perspektif yang berlainan terhadap penulisan buku saya.


Apa yang saya amati apabila membuka gerai kali ini berbanding dengan acara terdahulu sama ada di HIKMAH ataupun DINIHARI DINAR adalah sudah wujud sekelompok penggumpul dinar dan dirham(Dnd) yang mencari Dnd tertentu untuk koleksi mereka. Antara dirham yang dicari adalah dirham NUBEX Masjid Demak, Meeraz dan KBI serta Dinar Haqqani dan lain-lain. Penggumpul Dnd ini memohon saya untuk tolong mencari pelbagai dirham dan sanggup menawarkan 'premium' tertentu jika saya berjaya temui dinar atau dirham yang dihajati.


Pada masa yang sama, saya menerima jemputan untuk menjadi Moderator untuk Wacana sesi pagi dan dihadiahkan dengan sebuah buku di akhir sesi.


Sekalung Tahniah kepada Para Pembentang yang terdiri daripada:- 
(1) Pn. @Rosidah Abdullah (Kurator Muzium Tekstil);
(2) En.@Mohd Emil Azril (Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur);
(3) Cikgu Azlan Ghanie (Wartawan serta Pengasas MAGMA dan Majalah "Seni Beladiri"); dan, 
(4) Tengku Ahmad Ridhaudin (Aktivis Budaya & Pengumpul Keris) 
yang masing-masingnya berkongsi penyelidikan dan pengalaman dalam bidang tertentu dengan hadirin. Banyak yang saya pelajari dalam tempoh wacana yang singkat


Setelah beberapa kali acara HIKMAH dalam perkiraan saya, saya sudah boleh memnuhkan satu rak buku dengan cenderahati yang diterima...kali terakhir di Janda Baik, saya menerima 3 buah buku politik pelbagai tajuk dari penulis S.H.Al-Attas. Alhamdullilah.





Sunday 9 October 2016

DnD MARKETplace di UIA Gombak sempena IFIW 2016


( 1 Dirham IFIW 2016 yang digunakan untuk transaksi di Souq )


( Rusdi dari Tg.Malim, membeli barangan makanan dari Peniaga Food Truck
menggunakan dirham IFIW)


( Peniaga Makanan menerima 2 dirham dari Bakhtiar sambil disaksikan oleh Hj. Awaluddin )




PASAR MUAMALAH

Setelah terkuburnya Souq Muamalah Madinah ( Tonton SINI ) anjuran bersama KGT dan aktivis dinar dirham serta beberapa Souq yang menerimapakai dinar dan dirham seperti di Masjid TTDI Jaya-Shah Alam dan Masjid Shah Alam, pasar Muamalah yang berteraskan dinar dan dirham kembali semula di Universiti Islam Antarabangsa,Gombak bersempena acara IFIW 2016.

Walaupun tidak ramai peniaga yang mengambil bahagian - terdapat 3 foodtruck di tepi bangunan Cultural and Activity Centre atau CAC dan beberapa peniaga lain di dalam CAC yang menjual pakaian, haruman dan lain-lain...kembalinya pasar sebegini sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat para aktivis dinar dirham dalam usaha mereka menentang riba dan fiat money.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bakhtiar (Pengurus NUBEX) yang telah belanja saya makan dan minum menggunakan dirham IFIW. Sempat juga saya ketemu dan bersembang dengan super senior saya Haji Awaluddin dan kenalan lama yang baru jumpa balik iaitu Rusdi yang datang dari Tanjung Malim.







Saturday 8 October 2016

Dirham EDISI KHAS di IFIW 2016

( Dirham  IFIW 2016 )


( 1 Dirham Edisi Khas  IFIW 2016 )



( MB Perak Dato' Seri Zambri bersama Prof. Dato' Ahamed Kameel melawat pameran NUBEX )



EDISI KHAS DIRHAM

Hari ini saya hadir di sebuah forum antarabangsa di PWTC untuk memenuhi jemputan seorang kenalan lama yang juga pernah menjadi tetamu khas saya di dua episod berlainan program TV terbitan saya bertajuk "Islamic Finance Today" yang diudarakan di Saluran 420 (dulunya Channel 127) - Capital TV, Hypp TV - UNIFI. Di 2 episod tersebut kami membincangkan mengenai kontrak deposit (deposit contracts) yang digunakan di dalam sistem kewangan islam (Tonton SINI) dan Perbankan Rizab (Fractional Reserve Banking). Kenalan tersebut juga pernah mengamanahkan kepada saya untuk menyampaikan kertas kerja beliau yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu berjudul "Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu" beliau di Pulau Pinang pada tahun 2014 (Baca SINI) kerana terpaksa ke Indonesia atas tugasan mewakili UIA.

Forum yang saya hadiri bertajuk "1st International Forum on Inclusive Wealth" atau ringkasnya IFIW 2016.


Sambil mengunjungi pameran yang diadakan di dalam dewan Hussein Onn-PWTC, saya terjumpa seorang lagi kenalan iaitu Haji Khairudden Husin yang pernah menjadi panelis bersama di sebuah ceramah di KUIS pada tahun 2011 (Baca SINI ). Di tengah perbincangan kami, Khairudden menunjukkan kepada saya sebuah dirham edisi khas yang dikeluarkan oleh NUBEX sempena IFIW 2016.


Dirham IFIW 2016 adalah dirham edisi khas kedua yang saya temui tahun ini selepas di Kota Bharu (Lihat Catitan August 2016 SINI ). Akan tetapi dirham IFIW ini mempunyai rekabentuk yang tersendiri berbanding dirham Saidatina Khadijah keluaran KGT yang lebih merupakan perubahan 'packaging'. Pada hemah saya, dirham ataupun dinar edisi khas adalah satu perkembangan yang sihat dalam memperkenalkan semula matawang sunnah kepada umum sekaligus memerangi fitnah atau angkara wang kertas(fiat money).


Syukran kepada Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel dan Saudara Anwar di atas jemputan yang diberikan kepada saya serta ASEAN500 dan Salaam Gateway-Thomson Reuters untuk menghadiri IFIW 2016 dan sidang media IFIW.

Thursday 15 September 2016

Menemubual Dato' Dr.KS Lim di Pelancaran IFIW2016

( Dato' Dr. KS Lim bersama Penulis )


Selepas Sidang Media dan Majlis Pelancaran 1st International Forum on Inclusive Wealth 2016 atau lebih dikenali sebagai IFIW 2016, saya dapat menemubual Dato' Dr. KS Lim - CEO Quantum Metal Sdn Bhd(Wakil Pengedar The Perth Mint di Malaysia).

Antara kisah yang dikongsi beliau:-
(1) Rakyat Thailand pernah menderma emas untuk menolong negara mereka semasa krisis ekonomi;
Nota: 
Adakah rakyat Malaysia akan melakukan perkara yang sama jika diminta sedemikian?
Pada hemah saya - TIDAK!

(2) Beliau pernah melihat seorang tycoon Indonesia di sebuah kedai emas di Singapore sedang menukar beberapa jongkong emas kepada wang kertas semasa krisis ekonomi.
Tycoon tersebut juga terpaksa "menderma" salah satu jongkong emasnya beliau kepada pihak tertentu sebagai syarat untuk membawa emas keluar dari Indonesia

Wednesday 17 August 2016

DInar & Dirham Edisi Khas SAIDATINA KHADIJAH

 ( Dirham EDISI KHAS  Saidatina Khadijah)


( Hari Saidatina Khadijah )




EDISI KHAS DINAR DIRHAM
Apabila hendak bertolak balik ke Lapangan Terbang Subang-Selangor selepas tamat pertandingan catur MSSM di UMK-Pengkalan Chepa, saya berlegar-legar bersama keluarga di sekitar kedai-kedai di dalam lapangan terbang dan terjumpa sebuah kedai Dinar Dirham  ( Baca Catitan SINI). Sambil memerhati barangan yang diperagakan di kedai Dinar Dirham pembantu jualan menunjuk sebuah dirham edisi khas dan mencadangkan agar saya membelinya sebagai sebuah cenderahati ataupun untuk dijadikan koleksi.

Dinar dan dirham Saidatina Khadijah diterbitkan oleh KGT sempena hari atau minggu Saidatina Khadijah(SK) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Dinar edisi khas SK adalah terhad dan mempunyai nombor siri manakala dirham edisi khas SK tiada nombor siri. Pada hemah saya, dirham edisi khas SK adalah sekadar bungkusan atau 'packaging' kerana tiada ada perubahan berbanding dirham kelantan yang sedia ada dalam pasaran.




Kedai Dinar & Dirham KGT di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa@KELANTAN

 ( Kedai Kelantan Golden Trade di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa-KELANTAN,
pandangan dari sebelah KIRI )


 ( Kedai KGT di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa-KELANTAN, pandangan sebelah KANAN )



( Kaunter Pembayaran )


(Staf KGT di Cawangan Lapangan Terbang )


KEDAI DINAR DIRHAM


Saya bersama keluarga ke Kota Bharu, Kelantan pada hari Jumaat yang lepas kerana 2 orang anak saya mengambil bahagian di dalam pertandingan Catur MSSM peringkat Kebangsaan. Apabila sampai pada hari Jumaat, saya tidak perasan kedai Dinar Dirham di atas. Bila hendak balik ke KL baru saya perasan kedai KGT.

Barangkali ini adalah kedai Dinar Dirham yang pertama di dalam dunia yang lokasinya terletak di dalam sebuah lapangan terbang?

Syabas kepada pihak Kelantan Golden Trade atau lebih dikenali sebagai KGT.


Thursday 11 August 2016

DinarPAL @Ayer Keroh, MELAKA



(DinarPAL, MELAKA )


Hari ini ke Ayer Keroh, Melaka untuk berjumpa dengan seorang kawan lama di Maktab yang juga merupakan satu kompeni H dengan saya untuk berbincang mengenai Wasiat beliau. Dalam perjalanan ke tempat yang dijanjikan ternampak papantanda di atas. Sayang sekali apabila habis temujanji kedai DinarPal telahpun tutup.

InsyaALLAH, akan ke Ayer Keroh lagi untuk membuat kajian.


Tuesday 12 July 2016

Duit Raya 2016 - 1 Dirham Masjid Saidina (Masjid Bukit Damansara)




Alhamdullilah, tahun 1437H/2016 saya menerima 'Duit Raya' dari 3 orang iaitu Kakak saya, anak saudara saya dan yang paling unik sekali dari sahabat lama saya semenjak A Leve;ls 1988 - Taufiq Khalid.

Inilah kali pertama saya mengetahui tentang kewujudan Dirham Masjid Bukit Damansara - KL.

Tuesday 10 May 2016

Perbandingan Harga Barangan dalam USD & Emas oleh LARIBA USA


 ( Dr. Yahia Abdul Rahman )


" The Art of RF (Riba Free) and the Unique Experience of LARIBA"

Guest Speaker:
Dr. Yahia Abdul Rahman
Founder & Chairman of LARIBA Bank, USA


 ( )

 ( )

 ( )

 ( Harga Beras dalam USD )

 ( Kiri: & Kanan: Harga )


( )


Pada awal bulan Mei saya menerima jemputan dari IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) untuk menghadiri Ceramah Khas oleh CEO LaRiba USA iaitu Dr.Yahia Abdul Rahman.

Pembentangan oleh Dr.Yahia menarik minda saya berfikir terutama sekali apabila perbandingan harga barangan dibuat berdasarkan Dollar Amerika dan Emas. Lebih-lebih lagi apabila CEO LaRiba berhujah bagaimana petani semakin miskin apabila perbandingan "sebenarnya" dibuat.

(bersambung)

Monday 1 February 2016

HIKMAH XVI - Menangani Cabaran Akhir Zaman @UoL, Janda Baik

“ Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam:
Membuang Debu Riba’
yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah”




( Agenda HIKMAH XVI 2016 yang berlangsung untuk 2 hari )


( Sebahagian peserta yang hadir pada hari Ke2 )


HIKMAH XVI - 2016
Seperti yang saya jangkakan, HIKMAH XV di Beruas Perak yang diadakan pada Ogos 2015 tidak mengakhiri siri acara HIKMAH untuk beberapa lama walaupun diumumkan sebegitu oleh kawan saya Radzi Sapie ( rujuk rencana 9 Ogos 2015 di SINI ).

Tak sampai setengah tahun pun sejak Beruas, acara HIKMAH diadakan kembali iaitu HIKMAH XVI(H16) dengan tema kali ini “Menangani Cabaran Akhir Zaman”. Acara kali ini diadakan pada hari Sabtu 1437H (30 hingga 31 Januari 2016) di Wadi Hussein atau juga dikenali sebagai University of Life di Janda Baik, Pahang. Ianya adalah rumah penulis politik terkenal S.H.Alattas.

H16 baru berakhir semalam. Antara kelainan kali ini berbanding dengan 6 acara HIKMAH yang pernah saya hadiri (*Shah Alam, *Melaka, *Lumut, Rawang, Bayan Lepas dan *Beruas) adalah;-
1.            Kehadiran kali pertama anak saya yang sulung serta mertua saya;
2.            Pendedahan baru mengenai penipuan barat/yahudi selain dnd iaitu penipuan syarikat.
3.            Penganjur bersama yang baru iaitu Armada Malaiu (saya pernah ke Dataran xx di Balik Pulau semasa Mutiara HIKMAH pada tahun 2014).
·         Nota: *Pembentangan Dnd dibuat.

Pada acara HIKMAH kali ini Kali ini saya diminta penganjur membentangkan tajuk “ Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam: Membuang Debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah”.

Pada pembentangan kali ini mengenai Dinar dan Dirham (Dnd), cuma satu isi baru yang saya dapat ketengahkan mengenai Dnd iaitu mengenai berat Dnd dan perbalahan mengenainya.
Pada dasarnya berat dinar adalah xxx misqal.
Secara ringkasnya, terdapat perselisihan di antara penggiat dan/atau pengeluar dnd mengenai berat dnd yang sepatutnya. Ada yang mengatakan sepatutnya 4.25g, 4.5g dan ada juga di Indonesia 4.44g.

Pada hemah saya, semua adalah betul.......dan SALAH.
Ini adalah kerana, (bersambung)